skip to Main Content
NOTIS AMARAN

NOTIS AMARAN

NOTIS INI DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA AHLI PERNIAGAAN DAN ORANG AWAM untuk mengumumkan bahawa ENAGIC (MALAYSIA) SDN BHD ( 971103-W) sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan mempunyai alamat di No. unit 25-6 & 27-6, 6F, Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur adalah pemilik berdaftar bagi Cap Dagangan-Cap Dagangan di bawah:

  1. KANGEN WATER” dibawah pendaftaran Cap Dagangan No. 2016007354 berkenaan dengan air botol ( bukan untuk kegunaan perubatan) air mineral (minuman) dan air mineral semulajadi ( bukan untuk kegunaan perubatan);air minuman; air semulajadi ( bukan untuk kegunaan perubatan) air  (minuman); air berudara; air berudara dan minuman (bukan alkohol); minuman isotonik; minuman bukan alkohol termasuk semua di dalam kelas 32.
  2. KANGEN WATER” dibawah pendaftaran Cap Dagangan No. 2010019251 berkenaan dengan alat (mesin) untuk menapiskan air ; alat untuk mengagihkan air (mesin); mesin untuk memproseskan air; pemisah air;  termasuk semua di dalam kelas 7.
  3. KANGEN WATER” dibawah pendaftaran Cap Dagangan No. 2010019261 berkenaan dengan penapisan air mentah di rumah; air mandi ; mesin dan alat untuk pembersihan udara; paip-paip air ion (sebahagian pemasangan kebersihan); pemasangan pembekalan air; pemasangan pembersihan air; penjana air, yang dikenali sebagai penjanaan air untuk kegunaan rumah untuk mengeluarkan dan mengagihkan air bersih; alat pengambilan air ; pemasangan pembekalan air; alat perawatan air ; termasuk semua di dalam kelas 11.
  4. KANGEN WATER” dibawah pendaftaran Cap Dagangan No. 2010019262 berkenaan dengan informasi komersial dan nasihat kepada pengguna; informasi pemasaran; menyediakan informasi termasuk dalam talian, pemasaran, pengurusan perniagaan dan pentadbiran dan fungsi pejabat ; perkhidmatan peruncitan berkenaan dengan air ion dan barang-barang perkhidmatan lain; termasuk semua di dalam kelas 35.

 (Cap “KANGEN WATER” secara kolektif dikenali sebagai Cap Dagangan-Cap Dagangan tersebut ” dan barang dan perkhidmatan di atas secara kolektif dikenali sebagai (“Produk dan perkhidmatan tersebut”)

SELANJUTNYA, NOTIS INI DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA AHLI PERNIAGAAN DAN ORANG AWAM untuk mengumumkan bahawa ENAGIC (MALAYSIA) SDN BHD adalah juga pemilik bagi Cap Dagangan-Cap Dagangan tersebut di bawah Undang- Undang lazim (“Common Law”) di Malaysia.

SELANJUTNYA, NOTIS INI DIBERIKAN KEPADA MANA-MANA AHLI PERNIAGAAN DAN ORANG AWAM untuk mengumumkan bahawa ENAGIC (MALAYSIA) SDN BHD memelihara semua hak cipta dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang melalui sivil mahupun jenayah terhadap mana-mana individu, firma ataupun syarikat yang menjual, membuat tawaran untuk jualan, mempromosikan, mengiklankan dan/atau membantu mana-mana pihak dalam menggunakan Cap Dagangan-Cap Dagangan tersebut atau cap yang mengelirukan dan menyerupai Cap Dagangan-Cap Dagangan tersebut tanpa kebenaran dan kuasa daripada ENAGIC (MALAYSIA) SDN BHD demi untuk menjaga kepentingannya di dalam Cap Dagangan-Cap Dagangan tersebut.

AHLI PERNIAGAAN DAN ORANG AWAM diminta untuk melaporkan kepada ENAGIC (MALAYSIA) SDN BHD dengan segera jika terdapat mana-mana salahlaku di atas.

SHAHRIZAT RASHID & LEE
Peguambela & Peguamcara(Bahagian Harta Intelek)

Tingkat Bawah & Satu , Wisma Prima,
17, Jalan Sri Semantan Satu, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03 2710 5555 ext. 305/311 Fax: 03 27103104
E-mel : srl@srl-Iaw.com.my/michele.yeoh@srl-Iaw.com.my

Back To Top
× How can I help you?